Setelah 5 thn merancang utk ke langkawi since diploma sehinggalah nk hbis degree, akhirnya tercapai jugak impian kami nk ke langkawi, giler lama, sebelum ni kami xdapat nk pergi sbb xda driver.. smua takut nak drive.. 'ada lesen tp simpan dalam beg.... teettt.......
sem ni adalah sem terakhir kami dapat ptptn, so rancangan utk ke langkawi dteruskan, walaupon aq dah nak cancel plan ni sebab duit aq dah dah hbis (buat pelaburan dengan membeli kambing).
disebabkan skrg tengan practical so kmi terpaksa pergi Sabtu dah ahad sahaja,
Tempat tinggal & kereta kami dah book seminggu awal, walaupon bukan cuti sekolah, hotel budget pilihan kami yg pertama iaitu AB motel dah full.. . so kami decide utk book Langakapuri Inn, Agak mahal juga sebab semalam rm180 include breakfast 4 org, deluxe room (garden view yg tak berapa nak garden tuhh.. ). Tapi berbaloi dan selesa jugalah, dekan dengan pantai...
Excited punya pasal, pergi beli tiket siap hari jumaat, so sbtu pagi dah xpayh nk g beli tiket, nak naik fery awal katenya. so kami beli tiket pkul 8,15am.
Kat Jetty juga terpengaruh dengan tawaran island hopping,. sebabkan taknak susah2 cari kat langkawi nanti so kmi book kat jetty kuala perlis je, Janji sabtu malam nak call, last2 kami yang kena call depa. Masa kat langkawi langsung tak tengok harga island hopping takut jumpa lagi murah... Kat area pantai chenang pon banyak je yang jual tiket,
Sabtu 18.10.2014
Disebabkan ni percutian budget saya, pagi2 makan siap2 nasi lemak kat rumah,,ngeh3,,, lepas makan terus g rumah ida & terus ke Jetty,, Tak perlu keluarkan duit sbb kak ida yang hantar,
Dalam pukul 9.30 kami sampai langkawi, tunggu paksu Li hantar kereta sewa, kami sewa viva auto, agak bernasib baik dapat kereta baru dan sangat mudah berurusan, harga xpasti la mahal ke murah rm100 untuk sehari setengah,
Amik je kereta terus pergi cari peta, ingatkan dapat sekali dengan sewa kereta tapi depa xprovide pon,. Terjumpa Arked mara dekat pekan kuah, ada peta free,, jimat duit, ingt nak kena beli dah, padahal sepanjang kat sana xrefer langsung peta tu, salah satu sebab kami tak reti nak baca peta tuh.. kih3.
kami guna waze je,.. alhamdulillah tak sesat.
Dengan keadaan cuaca yang mendung, kami cepat2 pergi ke oriental village sebab nak naik cable car, kesian yang lain tak makan, asyik terlepas kedai makan je. dapatlah boarding pukul 12pm. Masa nak naik pon hujan dah rintik2, masa kat atas bukit, hujan turun lebat, ngeri la jugak kat atas tu, tak nampk sangat pemandangan. pusing2 kejap kat atas, masa tu dah redah main hujan ja.
Masa turun pon sama, cuaca tak berapa nak okey, so terus balik, xda nak beli pape dekat sini.
![]() |
Dah sampai memang berbaloi, cantik sangat
![]() |
| Air terjun telaga tujuh |
lepas turun dari telaga tujuh, cari kedai makan & terus g check in kat Langkapuri Inn, Dekat stgh jam juga kena tunggu.. Dah la masing-masing xsabaq nak masuk bilik dah,
Rehat Jap, pastu kul 5 turun mandi pantai,,
ada tragedi kat sini bila nuun kena sengat jellyfish aka obor-obor, so yg nak mandi kat pantai chenang hati2 ye, ramai juga yang kena.. pastu balik bilik je
tak dan nk tgok sunset, lagipon hujan,
Malam keluar g pekan kuah, singgah pasar malam kuah & shopping chocolate, budget2 saya pon habis dekan rm33 beli choclate.
Blk dari Pekan kuah, Jalan-jalan area pantai chenang jap.. pastu blk bilik rehat, tak sabar nk island hopping esoknya..
Ahad 19.10.2014
Yeayyyy masa untuk island hopping - book di Kuala Perlis, Kalau yg xsuka susah2 masa di Langkawi bole la, Cari kat pantai Chenang pon banyak... Lagi murah...
Checkout siap2, sbb island hopping dijangka habis pkul 1, untuk elak caj tambahan kami cheackout awal.
gerak kul 9am ke jetty, follow agent..
cuaca mendung je.. smpai tgh laut hujan lebatt..
first destination Tasik Dayang Bunting, Hujan lebat juga kt sini.. so main hujan je lah,,,
Aktivit seterusnya Eagle Feeding, Xda rezeki kami nk tengok helang, masa tgh laut hujan turun lagi dengan lebatnya....burung Lang blk rumah masing-masing sebab hujan....
so terus pergi pulau beras basah, hujan dah berenti,.
snorkling time...kih3... pakai je lebih, xselam pon... telan air masin 2 3 teguk...
1 jam kat sni enjoy... naik2 tengok tangan hitam.. disebabkan semangat nk snorkling, HP simpan dalam boat, so xde gambaq..
sebelum blk singgah shopping lgi kt idaman suri.. Saya driver je bawa diorang shopping, percutian budget katakan.. ngeh2..
last bru pergi Dataran Lang.. sementara tunggu nak balik, tiket pukul 6 ptg.
budget keseluruhan:
hari pertama:
Tiket ferry: RM36 (pergi balik)
Cable car : RM15
Hotel : RM45
Beli Baju : RM45
Beli chocholate : RM32
Makan : RM 5
**Makan tengahari Nuun belanja...
Hari kedua:
Island Hopping : RM35
Snorkling : RM15
Makan : RM5
Kereta Sewa + Minyak : rm33
Lain-lain perbelanjaan RM10
Total perbelanjaan
RM276
Nampak tak muka burn teruk masa pergi langkawi....
balik makan satin skinz nak bagi putih balik..
tadaaa
sms/whtasp/telegram untuk info mengenai satin skinz..
012 4349219
Facebook : http://bit.ly/adyadil
Instagram : http://bit.ly/msadilah









No comments:
Post a Comment